Carena Corona?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah 3 tahun menghilangkan diri daripada melakukan apa apa entry update, kini saya kembali. Tada !. Pak dia, 3 tahun siot hahaha.Punya pemalas nak update entry. Taktahu la malas ke atau takde content. Dua- dua rasanya.

So kalau tengok tarikh pun aku publish entry ni pada April 2020 kan? okay. 2020. Tahun yang semua orang nanti nantikan. Adakah Wawasan 2020 Tun M tercapai? Selalu kita dipedengarkan kalau tahun 2020 ni ada kereta terbang,kan? Jadi, ada tak kereta terbang? Tentunya TIADA. Setelah saya perhatikan, yang ada hanyalah duit semakin terbang ya!

Ketahuilah saya berada dalam keadaan paling membosankan sampai perlu meng-update- blog. Kerana apa? Kerana masa dan ketika ini saya dan hampir seluruh rakyat didunia sedang duduk dirumah menjalani PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (Movement Control Order) untuk Malaysia buat masa ni atau LOCKDOWN di sesetengah lain negara. 

Ini adalah kerana dunia sedang berperang dengan wabak CORONA atau CORONA VIRUS atau lebih dikenali sebagai COVID19. Kenapa 19? Kerana penyebaran wabak ini bermula dari akhir tahun 2019 dan kemudiannya semakin teruk dan berleluasa sehingga bulan ke bulan. Cant believe it happen but have to accept,right?

Di Malaysia, sudah hampir sebulan PKP dijalankan secara berperingkat bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Kemudian disambung sehingga 14 April 2020. Itu tarikh yang dijangka buat masa ni. Sama ada PKP ini akan disambung atau tidak, hanya ketua negera yang tahu. Hati saya mengatakan akan dsisambung kerana peningkatan kes bertambah setiap hari.

Apapun , kita haruslah berdoa supaya wabak ini cepat hilang dan dunia kembali aman. Petik dari kata kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan petang tadi mengingatkan " Sesungguhnya kita tak akan diuji diluar batas kemampuan- Al-Baqarah 286" Allahumma Aamin.

Semoga kita satu dunia sama sama dapat bertahan melawan wabak ini. Ikut saranan kerajaan, duduk di rumah, jaga kebersihan dan jaga jarak sosial antara anda.

Itu saja bebelan saya buat masa ni. Tiada yang ilmiah untuk entry kali ni. Haha. Jumpa lagi.

Selamat Malam.

p/s doa la entry akan datang bukan 5 tahun akan datang
p/ss doakan saya cepat  kurus juga, penat gemuk ya kawan kawan
p/sss next entry akan banyak pasal resepi atau makanan ya. Cuma bila diupdate tu bawa bertendang kerana laptop saya dah rosak. Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Mah Meri Cutural Village

Sup Tauhu Jepun Mudah dan Cepat