Mah Meri Cutural Village


Assalamualaikum and hai !

Okay , setelah setahun kemudian , baru rasa nak update entry. hahaha sorry, my bad. 
Well, today iolls nak cerita pasal pengalaman bertandang ke Mah Meri Cultural Village di Pulau Carey, Banting. Iolls pergi ni 31/1/2016. haaa amacam, lamakan? haha. ni dah bulan 12 and nak masuk tahun baharu. Tapi takpa la aih, kesah pa. haha

Actually, entry ni macam heavy sikit. Yela, pasai sejarahkan ;). Iolls akan cerita apa yang iolls dapat masa pergi but tak semua lah kan. Dah lama sangat peram, so ingat tak ingat ja. Takpa , kami cuba ingat. hikhik.

So time ni iolls pergi dengan dua orang kawan. So we decided gerak pagi la around pukul 9 ke 10 macam tu sebab takut sesat. Bila sampai Banting tu cari and cari alhamdulillah la jumpa walaupun tersalah masuk satu kampung sebelum jumpa Mah meri cultural village ni huhuhu.






So, masa kami sampai tu, ada sorang akak yang sambut. Masuk kena bayar fees. Seorang dalam RM5.00 kalau tak silap iolls. Lepas bayar semua, kami pun memulakan perjalanan ke dalam. Muehehe. Macam-macam ada and basically mestilah pasal kaum orang asli Mah Meri ni la kan. 😊


Mah Meri ni dia terkenal dengan ukiran arca yang unik. Aku ingat yang paling tepi (kanan) , nama arca tu Harimau Berantai.


Arca Harimau Berantai ni sebenarnya hanya menggunakan satu kayu sahaja, and dia ukir sampai jadi macam tu. Aku check jugak yang rantai tu ada lubang ke apa untuk sambungkan, sebab macam tak percaya pulak. Cari and teliti betul-betul memang tak ada lubang ke apa, Macam woww la kan. Amazing ah cemana dorang boleh ukir macamtu.

Mostly patung-patung yang diukir ni, dorang dapat gambaran daripada mimpi. Mimpi yang menakutkan misalnya. Sebab tu most of arca yang diorang ukir tu, agak scary tapi unik. 

Lupa pulak nak cerita pasal Mah Meri. Orang asli ni aku rasa semua tahu yang dorang ni masyarakat pribumi yang paling awal yang duduk pinggir kampung. So orang asli ni terbahagi kepada 3 kumpulan which is Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Mah Meri ni dalam kumpulan Senoi. 

Mah bermaksud orang, Meri pula adalah hutan. Tapi kalau dalam istilah, Mah Meri ni lebih dikenali sebagai Orang Laut sebab dorang duduk berhampiran dengan laut and bekerja sebagai nelayan.

Kawan iolls, Suria. Dia ni memang ada je bila aku perlu. Maceh :')
Kedai Souvenir. Semua souvenir yang ada dalam kedai ni dibuat sendiri oleh masyarakat orang asli Mah Meri.
Kalau datang sini, boleh la beli untuk tanda kenang-kenangan. Murah-murah sahaja :) 

Dekat sini ada muzium dorang sendiri. Dorang ni diiktiraf oleh UNESCO. Muzium dia besar jugaklah. Siap ada bilik tayangan. Dalam bilik tu dia bukak satu video, video yang penuh dengan pengisian tentang Mah Meri ni. Memang dari A-Z dah ada dalam video tu.

Sebenarnya, kaum orang asli Mah meri ni sangat terkenal di luar negara. Tapi dalam Malaysia, mereka kurang tahu tentang kewujudan orang Mah Meri ni. Aku sendiri pun baru tahu after 19 years hidup :'(. 

Eh, sebelum tu, info-info tentang orang asli Mah Meri ni aku dapat banyak dari seorang penduduk orang asli Mah Meri , Dayana. Dia sangat baik okay. Dia jawab je apa aku tanya. Kesian dia sebab aku banyak tanya. Sorry 😭. 

Masyarakat orang asli Mah Meri ni terkenal dengan upacara "Puja Pantai" setahun sekali. Puja Pantai ni dilakukan khas untuk memuja "Moyang Laut". Masa aku pergi tu, dalam minggu depan tu ada upacara Puja Pantai. Ingat nak pergi, tapi bila tengok kalendar, benda tu berlangsung pada hari kerja and sekolah :( . 

Jangan risau, takda masalah pun kalau nak pergi tengok Puja Pantai tu. Dayana cakap kita datang untuk tengok takda masalah pun. Bukan kau kena join dia Puja Pantai sekali nak oi. hahaha

Ada tempat sumpit oi hahaha


Best weh belajar sumpit haha. Kira macam pengalaman baru la kan sebab selama ni tak pernah buat  sumpit-sumpit ni hahaha. Jangan lupa cuba kalau datang sini okay! hehe

Ada macam-macam lagi dekat tempat ni. So kita layan gambar dulu ek.






Ni pondok mainan kalau ente tak silap. hihi


Tak ingat dah ni tempat apa. Sorry :'(
Ni orang tu cerita, sebelum dorang duduk kat darat, ini la rumah dorang :)


Moyang Lanjut
(sorry quality gambar agak tidak memuaskan :( )
Harimau Berantai :)

Dua arca ni kira paling terkenal ah. Moyang lanjut dan harimau berantai. Moyang Lanjut ni cerita dia pasai seorang perempuan yang sarat mengandung tunggu suami dia balik dari mencari hasil paya macam ketam dan sebagainya. Dia nak ikut suami dia cari hasil semua tu tapi suami dia tak bagi. Then dia pun tunggu la , tunggu punya tunggu laki dia tak balik jugak. Kiranya dia tunggu laki sampai dia rambut panjang , tua sampai la dia jadi moyang kat situ. 

Paling kiri: Dayana (penduduk orang asli Mah Meri), Pengurus Mah Meri Cultural Village(tengah) and last sekali mestilah saya hikhik

So rasanya ini je nak cerita buat masa ni. huhu. Sebab dah banyak lupa and gambar pun banyak dah padam. Bayang ler, pergi awal tahun, tulis entrynya akhir tahun, kompem-kompem le banyak lupa.huhuhu

Btw, datanglah Kampung orang asli Mah Meri ni, banyak sangat input yang boleh dapat. Masuk muzium dia murah. Selalunya Dayana ni akan bawa pelawat untuk jalan-jalan kat kampung tu, bawak jumpa Tok Batin etc but time ni dia demam, and Tok Batin pun tak ada, so tak dapat la aku nak round-round kampung. Tapi dengar si Dayana ni bercerita pun dah syukur gila. 

Rasailah pengalam sendiri okay! Tak rugi :)  Have a nice day. 

toodles. 












Comments

Popular posts from this blog

Sup Tauhu Jepun Mudah dan Cepat

Carena Corona?